Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فضلُ الماشي خَلفَ الجِنازةِ على الماشي أمامِها؛ كفَضلِ المكتوبةِ على التَّطوُّعِ.
Teks Bahasa Melayu
Perbandingan kelebihan seseorang yang berjalan di belakang jenazah dan seseorang yang berjalan di hadapan jenazah adalah seperti kelebihan solat fardhu ke atas solat sunat.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 289, hadis no. 1515. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه - رفعه: فضل الماشي خلف الجنازة على الماشي أمامها؛ كفضل المكتوبة على التطوع». [قر، «الضعيفة» (4008)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘Ali bin Abi Thalib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbandingan kelebihan seseorang yang berjalan di belakang jenazah dan seseorang yang berjalan di hadapan jenazah adalah seperti kelebihan solat fardhu ke atas solat sunat. [Riwayat Musnad al-Firdaus oleh al-Dailami. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 4008]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman