TEKS BAHASA ARAB
فضل الماشي خلف الجنازة على الماشي أمامها؛ كفضل المكتوبة على التطوع
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perbandingan fadilat orang yang berjalan di belakang jenazah dengan fadilat orang yang berjalan di hadapannya ibarat fadhilat solat fardhu dengan solat sunat.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1743, hadis nombor 8774. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- رفعه-: ((فضل الماشي خلف الجنازة على الماشي أمامها؛ كفضل المكتوبة على التطوع.)) [فر، ((الضعيفة)) (4008)]
(Sangat Lemah)
Daripada Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Perbandingan fadilat orang yang berjalan di belakang jenazah dengan fadilat orang yang berjalan di hadapannya ibarat fadhilat solat fardhu dengan solat sunat.)).
Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.