Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فَضْلُ الماشِي خَلْفَ الجَنَازَةِ على المَاشِي أَمَامَها، كفَضْلِ المكتوبةِ على التَّطَوُّعِ.
Teks Bahasa Melayu
Perbandingan fadilat orang yang berjalan di belakang jenazah dengan fadilat orang yang berjalan di hadapannya ibarat fadhilat solat fardhu dengan solat sunat.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1743, hadis no. 8774. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- رفعه-: ((فضل الماشي خلف الجنازة على الماشي أمامها؛ كفضل المكتوبة على التطوع.)) [فر، ((الضعيفة)) (4008)]
(Sangat Lemah) Daripada Ali bin Abi Talib RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Perbandingan fadilat orang yang berjalan di belakang jenazah dengan fadilat orang yang berjalan di hadapannya ibarat fadhilat solat fardhu dengan solat sunat.)). Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman