Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Perbaikilah urusan dunia kamu dan beramallah untuk hari akhirat kamu seakan-akan kamu akan mati esok

Teks Bahasa Arab

أصلِحوا دُنْياكم، واعمَلوا لآخرَتِكُم، كأنَّكُم تموتونَ غدًا.

Teks Bahasa Melayu

Perbaikilah urusan dunia kamu dan beramallah untuk hari akhirat kamu seakan-akan kamu akan mati esok.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1973, hadis no. 9867. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏ضعيف جدا) ‏عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: «‏أصلحوا دنياكم، واعملوا لآخرتكم، كأنكم تموتون غدا». [‏القضاعي، ‏ابن حجر في «مختصر الديلمي»، «الضعيفة» (874)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbaikilah urusan dunia kamu dan beramallah untuk hari akhirat kamu seakan-akan kamu akan mati esok. [Riwayat al-Qudha‘iy dan Ibn Hajar dalam Mukhtasar al-Dailami.Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 874].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.