TEKS BAHASA ARAB
أصلحي لنا المجلس؛ فإنه ينزل ملك إلى الأرض لم ينزل إليها قط.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perbaikilah majlis ini bagi kami, kerana sesungguhnya seorang malaikat akan turun ke bumi, yang belum pernah turun kepadanya sama sekali.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 533, hadis nombor 2820. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منکر) عن أم سلمة – رضي الله عنها – أنها قالت: قال لي رسول الله ﷺ: «أصلحي لنا المجلس؛ فإنه ينزل ملك إلى الأرض لم ينزل إليها قط». [حم، «الضعيفة» (6081)].
(Munkar) Daripada Ummu Salamah RA, bahawa beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda kepadaku: “Perbaikilah majlis ini bagi kami, kerana sesungguhnya seorang malaikat akan turun ke bumi, yang belum pernah turun kepadanya sama sekali”. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6081].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.