Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Perbaharuilah iman kamu

Teks Bahasa Arab

جَدِّدُوا إيمانَكم ، قيل : يارسولَ اللهِ وكيف نُجَدِّدُ إيمانَنا ؟ قال : أكثِروا مِنْ قولِ لا إله إلا اللهُ.

Teks Bahasa Melayu

Perbaharuilah iman kamu, dikatakan: Wahai Rasulullah! Bagaimana cara kami memperbaharui iman kami? Baginda menjawab: Perbanyakkanlah mengucapkan: Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1408, hadis no. 7142. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: جددوا إيمانكم، قيل: يارسول الله! وكيف نجدد إيماننا؟ قال: أكثروا من قول لا إله إلا الله. [ك، حم، ((الضعيفة)) (896)]

(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbaharuilah iman kamu, dikatakan: Wahai Rasulullah! Bagaimana cara kami memperbaharui iman kami? Baginda menjawab: Perbanyakkanlah mengucapkan: Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 896]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.