Batil munkar

30/06/2024

minit bacaan



Perasaan malu adalah sebahagian daripada iman

Teks Bahasa Arab

[الحَيَاءُ شعبة مِنَ الإِيمَانِ]، وَلَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا حَيَاءَ لَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Perasaan malu adalah sebahagian daripada iman dan tidak ada iman bagi mereka yang tidak mempunyai perasaan malu.

Sahabat Perawi

  1. Bapa saudara Mujammi’ bin Jariyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 229, hadis no. 1216. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل منكر) عن عم مجمع بن جارية - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: (([الحياء شعبة من الإيمان]، ولا إيمان لمن لا حياء له)). [الماوردي في ((الأمثال))، ((الضعيفة)) (5644)]

(Batil Munkar) Daripada bapa saudara Mujammi’ bin Jariyah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Perasaan malu adalah sebahagian daripada iman dan tidak ada iman bagi mereka yang tidak mempunyai perasaan malu. [Riwayat al-Mawardi dalam al-Amtsal. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5644]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.