Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أقْسَمَ الخَوْفُ والرجاءُ أنْ لَا يَجْتَمِعا فِي أحَدٍ فِي الدُّنْيا فَيَرِيحَ رِيحَ النّارِ وَلَا يَفْتَرِقا فِي أحَدٍ فِي الدُّنْيا فيَرِيحَ رِيحَ الجنة.
Teks Bahasa Melayu
Perasaan khawf (takut) dan raja' (berharap) telah bersumpah bahawa keduanya tidak akan berhimpun dalam mana-mana individu di dunia, jika dia orang yang mencium bau neraka. Juga kedua-duanya bersumpah yang keduanya tidak akan berpisah dalam diri mana-mana individu di dunia, jika dia orang yang mencium bau syurga.
Sahabat Perawi
- Wailah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 19, hadis no. 83. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini adalah ucapan golongan penglipurlara dan golongan yang berpura-pura sebagai sufi. Ia bukanlah ucapan Nabi SAW. Hanya yang sahih daripada Rasulullah SAW adalah Baginda pernah masuk menemui seorang lelaki yang sedang nazak, lalu Baginda bersabda kepadanya: "Bagaimana engkau dapati dirimu?". Lelaki itu menjawab: "Aku merasakan bahawa aku takut akan dosa-dosaku dalam masa sama aku mengharapkan rahmat Rabku". Rasulullah SAW lantas bersabda: "Tidaklah keduanya (khawf dan raja') berhimpun dalam jiwa seseorang hamba pada saat ini, melainkan Allah akan memberikan apa yang dia harapkan dan menyelamatkan terhadap apa yang dia takutkan". Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, al-Nasa'ei dalam al-Sunan al-Kubra dan Ibn Majah melalui hadith Anas bin Malik.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman