Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الغِيْرَةُ من الإيمانِ، والمِذاء من النِفاق.
Teks Bahasa Melayu
Perasaan ghirah (cemburu kepada kebaikan) itu merupakan sebahagian daripada iman manakala tidak berasa cemburu itu merupakan sebahagian daripada nifaq’ (munafik).
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 28, hadis no. 91. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الغيرة من الإيمان، والمذاء من النفاق)). [ابن بطة، البزار، ((الضعيفة)) (1808)]
(Daif) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perasaan ghirah (cemburu kepada kebaikan) itu merupakan sebahagian daripada iman manakala tidak berasa cemburu itu merupakan sebahagian daripada nifaq’ (munafik). [Riwayat Ibn Batthah, al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1808]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman