Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الودُّ الَّذي يُتوارثُ : في أَهلِ الإسلامِ.
Teks Bahasa Melayu
Perasaan cinta yang saling diwarisi adalah pada ahli Islam.
Sahabat Perawi
- Rafi‘ bin Khudayj RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 73, hadis no. 350. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن رافع بن خديج -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((الود الذي يتوارث: في أهل الإسلام)). [طب، ((الضعيفة)) (3988)]
(Terlalu Daif) Daripada Rāfi‘ ibn Khudayj RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Perasaan cinta yang saling diwarisi adalah pada ahli Islam.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3988)
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman