Perasaan cinta dan benci itu saling diwariskan

TEKS BAHASA ARAB

الود والبغض يتوارث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perasaan cinta dan benci itu saling diwariskan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 60, hadis nombor 266. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن طلحة بن عبيد الله بن عبد الرحمن بن أبي بكر: عفير بن أبي عفير: كيف سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول في الود؟ قال: سمعته يقول ((الود والبغض يتوارث)). [تخ، ك، القضاعي، ابن منده، طب، ((الضعيفة)) (3161)].

(Lemah)
Daripada Talḥah ibn ‘Ubaydillah ibn ‘Abd al-Raḥmān ibn Abū Bakr: “Abū Bakr telah berkata kepada seorang lelaki daripada kalangan Arab yang bersahabat dengannya yang dikenali sebagai ‘Ufayr ibn Abū ‘Ufayr RA: “Bagaimanakah yang telah kamu dengar daripada sabda Rasulullah SAW tentang perasaan cinta?” Beliau telah menjawab: “Aku telah mendengar Baginda SAW bersabda: ((Perasaan cinta dan benci itu saling diwariskan.))."
[Riwayat al-Bukhārī dalam Tārikh al-Kabīr, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, Ibn Mandah, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3161].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.