TEKS BAHASA ARAB
الحسد في اثنتين: رجل آتاه الله القرآن فقام به، وأحل حلاله، وحرم حرامه، ورجل آتاه الله ، مالا فوصل به أقرباءه ورحمه، وعمل بطاعة الله، تمنى أن يكون مثله ومن يكن فيه أربع فلا يضره ما زوي عنه من الدنيا: حسن خليقة، وعفاف، وصدق حديث، وحفظ أمانة
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perasaan cemburu itu kepada dua orang: Lelaki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT al-Quran lalu dia mengamalkannya, dia menghalalkan apa yang ia halalkan dan dia mengharamkan apa yang ia haramkan. Dan seorang lelaki yang telah Allah SWT kurniakan harta kepadanya, lalu dengan harta tersebut dia menghubungkan antara kaum kerabatnya serta kaum keluarganya, dan dia beramal dengan ketaatan kepada Allah SWT. Bercita-citalah untuk menjadi sepertinya. Dan sesiapa yang padanya empat ciri berikut maka tidak memberi musibah baginya apa yang menjauhkan dia daripada dunia: Akhlak yang baik, menjaga maruah diri, bercakap benar, serta menjaga amanah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 36, hadis nombor 136. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو بن العاص – رضي الله عنهما – عن رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الحسد في اثنتين: رجل آتاه الله القرآن فقام به، وأحل حلاله، وحرم حرامه ، ورجل آتاه الله مالا، فوصل به أقرباءه ورحمه، وعمل بطاعة الله، تمنى أن يكون مثله. ومن يكن فيه أربع فلا يضره ما زوي عنه من الدنيا: حسن خليقة، وعفاف، وصدق حديث، وحفظ أمانة)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2380)]
(Lemah) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr ibn al-‘Āṣ RA daripada Rasulullah SAW: Perasaan cemburu itu kepada dua orang: Lelaki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT al-Quran lalu dia mengamalkannya, dia menghalalkan apa yang ia halalkan dan dia mengharamkan apa yang ia haramkan. Dan seorang lelaki yang telah Allah SWT kurniakan harta kepadanya, lalu dengan harta tersebut dia menghubungkan antara kaum kerabatnya serta kaum keluarganya, dan dia beramal dengan ketaatan kepada Allah SWT. Bercita-citalah untuk menjadi sepertinya. Dan sesiapa yang padanya empat ciri berikut maka tidak memberi musibah baginya apa yang menjauhkan dia daripada dunia: Akhlak yang baik, menjaga maruah diri, bercakap benar, serta menjaga amanah.
[Riwayat Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2380]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.