Daif
6 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحسَدُ في اثنتَينِ: رجلٌ آتاهُ اللهُ القُرآنَ فقامَ بهِ ، وأحلَّ حلالَهُ ، وحرَّمَ حَرامَهُ ، ورجُلٌ آتاهُ اللهُ، مالًا فوصلَ بهِ أقرباءَهُ ورحمَهُ، وعملَ بطاعةِ اللهِ ، تمنَّى أن يكونَ مثلَهُ ومَنْ يَكُنْ فيهِ أربعٌ فلا يَضرُّهُ ما زُوِيَ عنهُ منَ الدُّنيا: حُسنُ خَليقَةٍ، وعَفافٌ، وصِدقُ حَديثٍ، وحِفظُ أمانَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Perasaan cemburu itu kepada dua orang: Lelaki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT al-Quran lalu dia mengamalkannya, dia menghalalkan apa yang ia halalkan dan dia mengharamkan apa yang ia haramkan. Dan seorang lelaki yang telah Allah SWT kurniakan harta kepadanya, lalu dengan harta tersebut dia menghubungkan antara kaum kerabatnya serta kaum keluarganya, dan dia beramal dengan ketaatan kepada Allah SWT. Bercita-citalah untuk menjadi sepertinya. Dan sesiapa yang padanya empat ciri berikut maka tidak memberi musibah baginya apa yang menjauhkan dia daripada dunia: Akhlak yang baik, menjaga maruah diri, bercakap benar, serta menjaga amanah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 36, hadis no. 136. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو بن العاص - رضي الله عنهما - عن رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الحسد في اثنتين: رجل آتاه الله القرآن فقام به، وأحل حلاله، وحرم حرامه ، ورجل آتاه الله مالا، فوصل به أقرباءه ورحمه، وعمل بطاعة الله، تمنى أن يكون مثله. ومن يكن فيه أربع فلا يضره ما زوي عنه من الدنيا: حسن خليقة، وعفاف، وصدق حديث، وحفظ أمانة)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2380)]
(Daif) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr ibn al-‘Āṣ RA daripada Rasulullah SAW: Perasaan cemburu itu kepada dua orang: Lelaki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT al-Quran lalu dia mengamalkannya, dia menghalalkan apa yang ia halalkan dan dia mengharamkan apa yang ia haramkan. Dan seorang lelaki yang telah Allah SWT kurniakan harta kepadanya, lalu dengan harta tersebut dia menghubungkan antara kaum kerabatnya serta kaum keluarganya, dan dia beramal dengan ketaatan kepada Allah SWT. Bercita-citalah untuk menjadi sepertinya. Dan sesiapa yang padanya empat ciri berikut maka tidak memberi musibah baginya apa yang menjauhkan dia daripada dunia: Akhlak yang baik, menjaga maruah diri, bercakap benar, serta menjaga amanah. [Riwayat Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2380]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman