Perangilah Qazwin (bandar di Iran), sesungguhnya ia adalah antara pintu syurga yang tertinggi

TEKS BAHASA ARAB

اغزوا قزوين فإنه من أعلى أبواب الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perangilah Qazwin (bandar di Iran), sesungguhnya ia adalah antara pintu syurga yang tertinggi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1858, hadis nombor 9378. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((اغزوا قزوين فإنه من أعلى أبواب الجنة)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (٤٨١٢)]

(Lemah) Daripada seorang lelaki, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Perangilah Qazwin (bandar di Iran), sesungguhnya ia adalah antara pintu syurga yang tertinggi.” [Riwayat al-Rafi'ie. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4812]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.