Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اغْزُوا قَزْوِينَ؛ فَإِنَّهُ مِنْ أََعْلَى أَبْوَابِ الجَنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Perangilah Qazwin (bandar di Iran), sesungguhnya ia adalah antara pintu syurga yang tertinggi.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1858, hadis no. 9378. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجل قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((اغزوا قزوين فإنه من أعلى أبواب الجنة)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (٤٨١٢)]
(Lemah) Daripada seorang lelaki, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Perangilah Qazwin (bandar di Iran), sesungguhnya ia adalah antara pintu syurga yang tertinggi.” [Riwayat al-Rafi'ie. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4812]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman