Peperangan paling dahsyat adalah wanita, pertemuan yang paling jauh adalah kematian, yang lebih dahsyat dari keduanya adalah hajat kepada manusia

TEKS BAHASA ARAB

أشد ‌الحربِ النساء، وأبعد اللقاء الموت، وأشد منهما الحاجة إلى الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Peperangan paling dahsyat adalah (peperangan melawan) wanita, pertemuan yang paling jauh adalah kematian, yang lebih dahsyat dari keduanya adalah (sikap) berhajat kepada manusia.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 608, hadis nombor 3154. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) ‌عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أشد ‌الحربِ النساء، وأبعد اللقاء الموت، وأشد منهما الحاجة إلى الناس)). [خط، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، الرافعي، ((الضعيفة)) (2781)].

(Sangat lemah)
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Peperangan paling dahsyat adalah (peperangan melawan) wanita, pertemuan yang paling jauh adalah kematian, yang lebih dahsyat dari keduanya adalah (sikap) berhajat kepada manusia.))
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal al-Mutanahiah dan al-Rafi’i dalam Tarikh Qazwin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2781].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs