Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أشدُّ الحربِ النساءُ، وأبعدُ اللقاءِ الموتُ، وأشدُّ منهُمَا الحاجةُ إلى الناسِ.
Teks Bahasa Melayu
Peperangan paling dahsyat adalah (peperangan melawan) wanita, pertemuan yang paling jauh adalah kematian, yang lebih dahsyat dari keduanya adalah (sikap) berhajat kepada manusia.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 608, hadis no. 3154. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أشد الحربِ النساء، وأبعد اللقاء الموت، وأشد منهما الحاجة إلى الناس)). [خط، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، الرافعي، ((الضعيفة)) (2781)].
(Sangat lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Peperangan paling dahsyat adalah (peperangan melawan) wanita, pertemuan yang paling jauh adalah kematian, yang lebih dahsyat dari keduanya adalah (sikap) berhajat kepada manusia.)) [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal al-Mutanahiah dan al-Rafi’i dalam Tarikh Qazwin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2781].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman