Penyembahan terhadap Allah tidaklah sama kedudukan seperti pemahaman terhadap agama

TEKS BAHASA ARAB

ما عبد الله بشيء أفضل من فقه في دين، ولفقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد، ولكل شيء عماد، وعماد هذا الدين الفقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penyembahan terhadap Allah ‘azza wa jalla tidaklah sama kedudukan seperti pemahaman terhadap agama. Seorang faqih benar-benar lebih berat kepada syaitan berbanding 1000 ahli ibadah. Setiap sesuatu itu memiliki tiang dan tiang bagi agama ini adalah kefahaman.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1275 – 1276, hadis nombor 6533. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: ما عبد الله بشيء أفضل من فقه في دين، ولفقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد، ولكل شيء عماد، وعماد هذا الدين الفقه.
[طس، قط، حل، أبو مطيع المصري في ((مجلس من الأمالي))، القضاعي، خط، الرافعي، الآجري، ((الضعيفة)) (4461، 5159)]

(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Penyembahan terhadap Allah ‘azza wa jalla tidaklah sama kedudukan seperti pemahaman terhadap agama. Seorang faqih benar-benar lebih berat kepada syaitan berbanding 1000 ahli ibadah. Setiap sesuatu itu memiliki tiang dan tiang bagi agama ini adalah kefahaman.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Daraqutni, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', Abu Muti' al-Misri dalam Majlis Min al-Amali, al-Quda'ei, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Rafi'ei dan al-Ajuri. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4461, 5159]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs