Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Penyaksian seseorang terhadap dirinya sendiri menyamai dua penyaksian

Teks Bahasa Arab

شَهَادَةُ الْمَرْءِ عَلَى نَفْسِهِ بِشَهَادَتَيْنِ.

Teks Bahasa Melayu

Penyaksian seseorang terhadap dirinya sendiri menyamai dua penyaksian.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 48, hadis no. 188. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث لكن معناه صحيح بالنسبة إلى الإقرار وأقر رجل عند شريح ثم أنكر فقضى عليه فقال من شهد علي قال ابن أخت خالتك.

Ia bukan hadith, namun maksudnya betul jika diambil kira sudut pengakuan. Seorang lelaki pernah mengakui sesuatu di hadapan Shuraih, kemudian dia mengingkarinya, Shuraih pun memutuskan hukuman terhadapnya. Lelaki itu pun berkata: "Siapa yang menjadi saksi kepadaku?", jawab Shuraih: "Sepupu perempuanmu".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.