Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شهادةُ المسلمينَ بعضُهم على بعضٍ جائزةٌ، ولا تجوزُ شهادةُ العُلَماءِ بعضُهم على بعضٍ ؛ لأنَّهم حُسَّدٌ.
Teks Bahasa Melayu
Penyaksian sebahagian kaum muslimin ke atas sebahagian yang lain adalah dibenarkan. Dan tidak dibenarkan penyaksian para ulama sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain. Sesungguhnya mereka melakukannya kerana hasad.
Sahabat Perawi
- Jubayr ibn Mut‘im RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 68, hadis no. 315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جبير بن مطعم -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((شهادة المسلمين بعضهم على بعض جائزة، ولا تجوز شهادة العلماء بعضهم على بعض؛ لأنهم حسد)). [فر، ((الضعيفة)) (3748)]
(Palsu) Daripada Jubayr ibn Muṭ‘im RA secara marfū‘: “Penyaksian sebahagian kaum muslimin ke atas sebahagian yang lain adalah dibenarkan. Dan tidak dibenarkan penyaksian para ulama sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain. Sesungguhnya mereka melakukannya kerana hasad.” [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3748).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman