TEKS BAHASA ARAB
حديث: شهادة المسلمين بعضهم على بعض جائزة، ولا تجوز شهادة العلماء بعضهم على بعض لأنه حسد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Penyaksian orang Islam terhadap satu sama lain diharuskan, namun tidak diharuskan penyaksian ulama satu sama lain kerana ia adalah hasad dengki.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 104, hadis nombor 280. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ليس من الحديث، وإسناده فاسد من وجوه كثيرة، على ما في اللآلئ وغيره.
Ia bukan daripada hadith. Sanadnya rosak melalui banyak jalur sebagaimana yang disebutkan dalam al-Laali dan lain-lain.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.