Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Penyaksian orang Islam terhadap satu sama lain

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: شَهَادَة الْمُسلمين بَعضهم على بعض جَائِزَة، وَلَا تجوز شَهَادَة الْعلمَاء بَعضهم على بعض لِأَنَّهُ حسد.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Penyaksian orang Islam terhadap satu sama lain diharuskan, namun tidak diharuskan penyaksian ulama satu sama lain kerana ia adalah hasad dengki.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 104, hadis no. 280. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس من الحديث، وإسناده فاسد من وجوه كثيرة، على ما في اللآلئ وغيره.

Ia bukan daripada hadis. Sanadnya rosak melalui banyak jalur sebagaimana yang disebutkan dalam al-Laali dan lain-lain.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.