Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Penyaksian antara muslim dengan muslim yang lain adalah harus

Teks Bahasa Arab

شَهَادَةُ المُسْلِمينَ بَعْضِهِمْ عَلَى بَعْضٍ جَائِزَةٌ وَلاَ تَجُوزُ شَهَادَةُ الْعُلَمَاءِ بَعْضِهِمْ عَلَى بَعْضِ لأَنَّهُمْ حَسَدٌ.

Teks Bahasa Melayu

Penyaksian antara muslim dengan muslim yang lain adalah harus, manakala penyaksian ulama terhadap ulama lain tidak harus kerana mereka orang yang hasad.

Sahabat Perawi

  1. Jubair bin Mut'im RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 47, hadis no. 244. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Sekalipun mereka begitu, namun hadith ini palsu atas nama Rasulullah SAW.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.