Penyakit turun sekaligus

TEKS BAHASA ARAB

حديث: المرض ينزل جملة واحدة، والبرء ينزل قليلا قليلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Penyakit turun sekaligus, manakala kesembuhan akan turun sedikit demi sedikit.

STATUS

Tidak sabit

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 167, hadis nombor 502. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الخطيب: لا يثبت عن النبي بوجه من الوجوه، ولا عن أحد من الصحابة، وإنما هو من قول عروة بن الزبير.

Al-Khatib berkata: Tidak thabit daripada Nabi SAW daripada mana-mana sanad, dan tidak juga daripada seorang pun sahabat, Ia hanya bersumberkan daripada ucapan ‘Urwah bin al-Zubair.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs