Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Penyakit taun adalah tikaman saudara kalian dalam kalangan jin

Teks Bahasa Arab

الطَّاعُونُ وَخْزُ إِخْوَانِكُمْ مِنَ الْجِنِّ.

Teks Bahasa Melayu

Penyakit taun adalah tikaman saudara kalian dalam kalangan jin.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 54, hadis no. 212. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أنكره ابن حجر بعد التطلب، والفحص عنه في كتب الحديث، فلم يجده.

Ibn Hajar mengingkarinya setelah mencari dan memeriksa tentangnya dalam kitab-kitab hadith, namun beliau tidak menemuinya.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.