Penyakit bagi percakapan adalah pendustaan, penyakit bagi ilmu adalah lupa

TEKS BAHASA ARAB

آفة الحديث الكذب، وآفة العلم النسيان، وآفة الحلم السفه، وآفة العبادة الفترة، وآفة الظرف الصلف، وآفة الشجاعة البغي، وآفة السماحة المن، وآفة الجمال الخيلاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penyakit bagi percakapan adalah pendustaan, penyakit bagi ilmu adalah lupa, penyakit bagi kelembutan adalah kebodohan, penyakit bagi ibadah adalah bosan, penyakit bagi kecerdikan adalah berlebihan, penyakit bagi keberanian adalah melampaui batas, penyakit bagi toleransi adalah berbangga diri, dan penyakit bagi kecantikan adalah kesombongan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1237, hadis nombor 6307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي رضي الله عنه مرفوعا: آفة الحديث الكذب، وآفة العلم النسيان، وآفة الحلم السفه، وآفة العبادة الفترة، وآفة الظرف الصلف، وآفة الشجاعة البغي، وآفة السماحة المن، وآفة الجمال الخيلاء.
[طب، القضاعي، ((الضعيفة)) (1302)]

(Palsu)
Daripada ‘Ali RA secara marfu’: Penyakit bagi percakapan adalah pendustaan, penyakit bagi ilmu adalah lupa, penyakit bagi kelembutan adalah kebodohan, penyakit bagi ibadah adalah bosan, penyakit bagi kecerdikan adalah berlebihan, penyakit bagi keberanian adalah melampaui batas, penyakit bagi toleransi adalah berbangga diri, dan penyakit bagi kecantikan adalah kesombongan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Qudha'iy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1302]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.