Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
آفةُ الحديثِ الكذِبُ، وآفةُ العلمِ النِّسيانُ، وآفةُ الحِلمِ السَّفَهُ، وآفةُ العبادةِ الفَترةُ، وآفةُ الظُّرفِ الصَّلَفُ، وآفةُ الشَّجاعةِ البَغيُ، وآفةُ السَّماحةِ المنُّ، وآفةُ الجمالِ الخُيَلاءُ.
Teks Bahasa Melayu
Penyakit bagi percakapan adalah pendustaan, penyakit bagi ilmu adalah lupa, penyakit bagi kelembutan adalah kebodohan, penyakit bagi ibadah adalah bosan, penyakit bagi kecerdikan adalah berlebihan, penyakit bagi keberanian adalah melampaui batas, penyakit bagi toleransi adalah berbangga diri, dan penyakit bagi kecantikan adalah kesombongan.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1237, hadis no. 6307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي رضي الله عنه مرفوعا: آفة الحديث الكذب، وآفة العلم النسيان، وآفة الحلم السفه، وآفة العبادة الفترة، وآفة الظرف الصلف، وآفة الشجاعة البغي، وآفة السماحة المن، وآفة الجمال الخيلاء. [طب، القضاعي، ((الضعيفة)) (1302)]
(Palsu) Daripada 'Ali RA secara marfu': Penyakit bagi percakapan adalah pendustaan, penyakit bagi ilmu adalah lupa, penyakit bagi kelembutan adalah kebodohan, penyakit bagi ibadah adalah bosan, penyakit bagi kecerdikan adalah berlebihan, penyakit bagi keberanian adalah melampaui batas, penyakit bagi toleransi adalah berbangga diri, dan penyakit bagi kecantikan adalah kesombongan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Qudha'iy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1302]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman