Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
آفَةُ الظَّرْفِ الصَّلَفُ وآفَةُ الشَّجَاعَةِ البَغْيُ وآفَةُ السَّمَاحَةِ المَنُّ وآفَةُ الجَمَالِ الخُيلاءُ وآفَةُ العبَادَةِ الفَتْرَةُ وآفَةُ الحَدِيثِ الكَذِبُ وآفَةُ العِلْمِ النِّسْيَانُ وآفَةُ الحِلْمِ السَّفَهُ وآفَةُ الحَسَبِ الفَخْرُ وآفَةُ الجود السرف.
Teks Bahasa Melayu
Penyakit bagi kecerdikan adalah kutukan pada orang lain dan minta dipuji, penyakit bagi keberanian adalah melampaui batas, penyakit bagi kecantikan adalah kesombongan, penyakit bagi ibadah adalah rasa bosan, penyakit bagi percakapan adalah berdusta, penyakit bagi ilmu adalah sifat lupa, penyakit bagi sifat lemah lembut adalah kebodohan, penyakit bagi keturunan adalah sifat berbangga-bangga dan penyakit bagi sikat pemurah adalah berlebih-lebihan"
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 5, hadis no. 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Penulis banyak kali berpegang dengan kata-kata al-Baihaqi bahawa al-Baihaqi tidak akan mengeluarkan dalam kitab beliau mana-mana hadith yang beliau ketahui ia sebagai palsu. Sebenarnya tidak begitu, bahkan al-Baihaqi sendiri banyak mengeluarkan hadith-hadith palsu. Turut sama mengeluarkan hadith ini adalah al-Qudha'ei dalam Musnad al-Shihab, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dan Ibn Babuwaih al-Qummi dalam Kitab al-Tawhid. Asal hadith tersebut adalah daripada ucapan 'Ali A.S, jika ia sahih daripada beliau. Lalu sebahagian perawi-perawi dha'if telah meriwayatkannya secara marfu'. Terdapat sebahagian ayat daripada hadith itu disebutkan secara marfu' dalam hadith yang lain.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman