Penyakit bagi ilmu adalah lupa dan mensia-siakan ilmu

TEKS BAHASA ARAB

آفة العلم النسيان وإضاعته أن تحدث به غير أهله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penyakit bagi ilmu adalah lupa dan mensia-siakan ilmu adalah apabila kamu berbicara tentang ilmu dengan orang yang bukan ahlinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1237, hadis nombor 6308. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الأعمش، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: آفة العلم النسيان وإضاعته أن تحدث به غير أهله.
[الأشج في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (1303)]

(Lemah)
Daripada al-A’mash, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Penyakit bagi ilmu adalah lupa dan mensia-siakan ilmu adalah apabila kamu berbicara tentang ilmu dengan orang yang bukan ahlinya.
[Riwayat al-Ashaj dalam Hadith beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1303]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.