Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Penyakit bagi agama ada tiga

Teks Bahasa Arab

آفَةُ الدِّينِ ثَلَاثَةٌ: فَقيه فاجرٌ وَإِمَامٌ جائِرٌ ومجتهد جاهل.

Teks Bahasa Melayu

Penyakit bagi agama ada tiga, iaitu seorang faqih yang pendosa, seorang Imam yang jahat, dan seorang orang rajin beribadat yang jahil.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 5, hadis no. 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Bahkan dalam sanadnya terdapat perawi kaki dusta dan kaki pemalsu hadith, beliau adalah Nahshal bin Sa'id, maka hadith tersebut adalah palsu. Al-Hafiz (Ibn Hajar al-'Asqalani) dan guru beliau, al-'Iraqi termasuk dua tokoh yang bermudah-mudah dalam menilai hadith. Mereka berdua hampir-hampir tidak menyebutkan secara jelas tentang palsunya mana-mana hadith melainkan jika kepalsuan itu (terang) seperti matahari pada siang hari.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.