Penutup majlis adalah dengan tidak bangun sehingga menyebut: Maha Suci Engkau Ya Allah

TEKS BAHASA ARAB

كفارة المجلس؛ أن لا يقوم حتى يقول: سبحانك اللهم وبحمدك، لا إله إلا أنت، تب علي، واغفر لي (يقولها ثلاث مرات)! فإن كان مجلس لغط؛ كانت كفارة له، وإن كان مجلس ذكر؛ كان طابعا له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penutup majlis adalah dengan tidak bangun sehingga menyebut: “Maha Suci Engkau Ya Allah, dengan memuji-Mu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, terimalah taubatku dan ampunilah aku (menyebutnya sebanyak tiga kali)". Sekiranya majlis tersebut jika terdapat kesilapan maka ia (doa) menjadi penebus dosa baginya. Adapun sekiranya majlis tersebut merupakan majlis zikir maka ia menjadi tabiat baginya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1522-1523, hadis nombor 7740. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن جبير بن مطعم – رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((كفارة المجلس؛ أن لا يقوم حتى يقول: سبحانك اللهم وبحمدك، لا إله إلا أنت، تب علي، واغفر لي (يقولها ثلاث مرات)! فإن كان مجلس لغط؛ كانت كفارة له، وإن كان مجلس ذكر؛ كان طابعا له)). [طب، ((الضعيفة)) (5123)].

(Munkar)
Daripada Jabir bin Mut’im RA: Daripada Nabi SAW: "Penutup majlis adalah dengan tidak bangun sehingga menyebut: “Maha Suci Engkau Ya Allah, dengan memuji-Mu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, terimalah taubatku dan ampunilah aku (menyebutnya sebanyak tiga kali). Sekiranya majlis tersebut jika terdapat kesilapan maka ia (doa) menjadi penebus dosa baginya. Adapun sekiranya majlis tersebut merupakan majlis zikir maka ia menjadi tabiat baginya”. [Riwayat al-Tabarani Fi al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5123]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs