Penuntut ilmu, wanita yang taat kepada suaminya dan anak yang taat kepada kedua ibu bapanya memasuki syurga bersama para nabi tanpa hisab

TEKS BAHASA ARAB

مسألة واحدة يتعلمها المؤمن خير له من عبادة سنة، وخير له من عتق رقبة من ولد إسماعيل، وإن طالب العلم والمرأة المطيعة لزوجها، والولد البار بوالديه يدخلون الجنة مع الأنبياء بغير حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Suatu masalah yang dipelajari oleh seorang mukmin lebih baik daripada ibadah sunat, dan lebih baik daripada memerdekakan seorang hamba daripada keturunan Ismail (kalangan Arab). Dan seorang penuntut ilmu dan wanita yang taat kepada suaminya, anak yang taat kepada kedua ibu bapanya memasuki syurga bersama para nabi tanpa hisab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 937, hadis nombor 4822. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي أيوب الأنصاري – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((مسألة واحدة يتعلمها المؤمن خير له من عبادة سنة، وخير له من عتق رقبة من ولد إسماعيل، وإن طالب العلم والمرأة المطيعة لزوجها، والولد البار بوالديه يدخلون الجنة مع الأنبياء بغير حساب)).
[الرافعي،((الضعيفة)) (3253)].

(Palsu)
Daripada Abu Ayyub al Ansari berkata: Rasulullah SAW bersabda : Suatu masalah yang dipelajari oleh seorang mukmin lebih baik daripada ibadah sunat, dan lebih baik daripada memerdekakan seorang hamba daripada keturunan Ismail (kalangan Arab). Dan seorang penuntut ilmu dan wanita yang taat kepada suaminya, anak yang taat kepada kedua ibu bapanya memasuki syurga bersama para nabi tanpa hisab.
[Riwayat al-Rafi’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3253].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs