Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مسألةٌ واحدةٌ يَتَعَلَّمُها المؤمنٌ خيرٌ له من عبادةِ سنةٍ، وخيرٌ له من عِتْقِ رقبةٍ من ولَدِ إسماعيلَ، وإن طالبَ العلمَ والمرأةَ المُطِيعَةَ لزوجِها، والولدَ البَارَّ بوالِدَيْهِ يَدْخُلُونَ الجنةَ مع الأنبياءِ بغيرِ حِسَابٍ.
Teks Bahasa Melayu
Suatu masalah yang dipelajari oleh seorang mukmin lebih baik daripada ibadah sunat, dan lebih baik daripada memerdekakan seorang hamba daripada keturunan Ismail (kalangan Arab). Dan seorang penuntut ilmu dan wanita yang taat kepada suaminya, anak yang taat kepada kedua ibu bapanya memasuki syurga bersama para nabi tanpa hisab.
Sahabat Perawi
- Abu Ayyub al Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 937, hadis no. 4822. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أيوب الأنصاري - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: مسألة واحدة يتعلمها المؤمن خير له من عبادة سنة، وخير له من عتق رقبة من ولد إسماعيل، وإن طالب العلم والمرأة المطيعة لزوجها، والولد البار بوالديه يدخلون الجنة مع الأنبياء بغير حساب. [الرافعي،الضعيفة (3253)].
(Palsu) Daripada Abu Ayyub al Ansari berkata: Rasulullah SAW bersabda : Suatu masalah yang dipelajari oleh seorang mukmin lebih baik daripada ibadah sunat, dan lebih baik daripada memerdekakan seorang hamba daripada keturunan Ismail (kalangan Arab). Dan seorang penuntut ilmu dan wanita yang taat kepada suaminya, anak yang taat kepada kedua ibu bapanya memasuki syurga bersama para nabi tanpa hisab. [Riwayat al-Rafi’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3253].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman