Penuntut ilmu lebih baik di sisi Allah

TEKS BAHASA ARAB

طالب العلم أفضل عند الله من المجاهد في سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penuntut ilmu lebih baik di sisi Allah berbanding orang yang berjihad pada jalan Allah.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 51, hadis nombor 270. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini batil, penuntut ilmu pada hari ini lebih teruk berbanding syaitan yang direjam. Hadith tersebut dalam sanadnya terdapat perawi-perawi majhul (tidak dikenali) yang dipalsukan oleh salah seorang mereka.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.