Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طالبُ العلم ِللهِ؛ كالغادي والرَّائحِ في سبيلِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Penuntut ilmu kerana Allah seperti orang yang pergi berjihad pada jalan Allah di waktu pagi dan petang.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1268 - 1269, hadis no. 6490. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: طالب العلم لله؛ كالغادي والرائح في سبيل الله. [فر، ((الضعيفة)) 3823)]
(Lemah) Daripada Ibn 'Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Penuntut ilmu kerana Allah seperti orang yang pergi berjihad pada jalan Allah di waktu pagi dan petang. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3823]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman