Penuntut ilmu itu dibentangkan untuknya sayap para malaikat dan mereka meminta keampunan untuknya

TEKS BAHASA ARAB

إن طالب العلم تبسط له الملائكة أجنحتها، وتستغفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya penuntut ilmu itu dibentangkan untuknya sayap para malaikat dan mereka meminta keampunan untuknya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1245, hadis nombor 6354. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بزيادة (الاستغفار))
عن عائشة رضي الله عنها، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن طالب العلم تبسط له الملائكة أجنحتها، وتستغفر له.
[البزار، ((الضعيفة)) (2130)]

(Palsu dengan penambahan "Al-Istighfar")
Daripada ‘Aishah RA daripada Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya penuntut ilmu itu dibentangkan untuknya sayap para malaikat dan mereka meminta keampunan untuknya.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2130]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.