Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ طالِبَ العلمِ تَبْسُطُ له الملائكةُ أَجْنِحَتَها، وتَسْتَغْفِرُ له.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya penuntut ilmu itu dibentangkan untuknya sayap para malaikat dan mereka meminta keampunan untuknya.
Sahabat Perawi
- Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1245, hadis no. 6354. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بزيادة (الاستغفار)) عن عائشة رضي الله عنها، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن طالب العلم تبسط له الملائكة أجنحتها، وتستغفر له. [البزار، ((الضعيفة)) (2130)]
(Palsu dengan penambahan "Al-Istighfar") Daripada 'Aishah RA daripada Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya penuntut ilmu itu dibentangkan untuknya sayap para malaikat dan mereka meminta keampunan untuknya. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2130]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman