Penuntut ilmu, isteri yang taat kepada suaminya, dan anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya akan masuk syurga bersama para nabi tanpa hisab

TEKS BAHASA ARAB

مسألة واحدة يتعلمها المؤمن خير له من عبادة سنة، وخير له من عتق رقبة من ولد إسماعيل، وإن طالب العلم والمرأة المطيعة لزوجها، والولد البار بوالديه يدخلون الجنة مع الأنبياء بغير حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Satu masalah yang dipelajari secara mendalam oleh seorang mukmin adalah lebih baik berbanding ibadah setahun, juga lebih baik untuknya berbanding membebaskan seorang hamba dalam kalangan anak Ismail. Sesungguhnya penuntut ilmu, isteri yang taat kepada suaminya, dan anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya akan masuk syurga bersama para nabi tanpa hisab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1263 – 1264, hadis nombor 6458. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مسألة واحدة يتعلمها المؤمن خير له من عبادة سنة، وخير له من عتق رقبة من ولد إسماعيل، وإن طالب العلم والمرأة المطيعة لزوجها، والولد البار بوالديه يدخلون الجنة مع الأنبياء بغير حساب.
[الرافعي، ((الضعيفة)) (3253)]

(Palsu)
Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Satu masalah yang dipelajari secara mendalam oleh seorang mukmin adalah lebih baik berbanding ibadah setahun, juga lebih baik untuknya berbanding membebaskan seorang hamba dalam kalangan anak Ismail. Sesungguhnya penuntut ilmu, isteri yang taat kepada suaminya, dan anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya akan masuk syurga bersama para nabi tanpa hisab.
[Riwayat al-Rafi'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3253]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs