TEKS BAHASA ARAB
طالب العلم طالب الرحمن، طالب العلم ركن الإسلام، ويعطى أجره مع النبيين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Penuntut ilmu adalah orang yang mencari Allah, penuntut ilmu adalah merupakan rukun Islam dan diberikan ganjarannya bersama para Nabi.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1268, hadis nombor 6489. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: طالب العلم طالب الرحمن، طالب العلم ركن الإسلام، ويعطى أجره مع النبيين.
[فر، ((الضعيفة)) (3822)]
(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Penuntut ilmu adalah orang yang mencari Allah, penuntut ilmu adalah merupakan rukun Islam dan diberikan ganjarannya bersama para Nabi.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3822]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.