Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طالبُ العلمِ طالبُ الرحمنِ، طالب العلم ركنُ الإسلامِ، ويُعْطَى أَجْرَهُ مع النبيين.
Teks Bahasa Melayu
Penuntut ilmu adalah orang yang mencari Allah, penuntut ilmu adalah merupakan rukun Islam dan diberikan ganjarannya bersama para Nabi.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1268, hadis no. 6489. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: طالب العلم طالب الرحمن، طالب العلم ركن الإسلام، ويعطى أجره مع النبيين. [فر، ((الضعيفة)) (3822)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Penuntut ilmu adalah orang yang mencari Allah, penuntut ilmu adalah merupakan rukun Islam dan diberikan ganjarannya bersama para Nabi. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3822]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman