Parsi sekali hentakan atau dua kali berperang dengan Islam

TEKS BAHASA ARAB

فارس نطحة أو نطحتان؛ ثم لا فارس بعدها أبداً، والروم ذات القرون أصحاب سحر وصحر، كلما ذهب قرن خلف قرن مكانه، هيهات إلى آخر الدهر، هم أصحابكم ما كان في العيش خير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Parsi sekali hentakan atau dua kali (berperang dengan Islam), kemudian tidak ada lagi selepas itu Parsi selama-lamanya. Bangsa Rom adalah puak yang bertahan beberapa generasi, pemilik sihir dan padang pasir. Setiap kali hilangnya satu generasi, diganti generasi lain pada tempatnya. Berpanjangan hingga akhir masa. Mereka adalah sahabat kamu selagi mana kehidupan itu ada kebaikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1333 – 1334, hadis nombor 6814. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبدالله بن محيريز مرفوعا: فارس نطحة أو نطحتان؛ ثم لا فارس بعدها أبداً، والروم ذات القرون أصحاب سحر وصحر، كلما ذهب قرن خلف قرن مكانه، هيهات إلى آخر الدهر، هم أصحابكم ما كان في العيش خير.
[ش، الحارث، ابن قتيبة في ((غريب الحديث))، الواحدي في ((الوسيط))، الثعلبي في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (3999)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Muhairiz secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Parsi sekali hentakan atau dua kali (berperang dengan Islam), kemudian tidak ada lagi selepas itu Parsi selama-lamanya. Bangsa Rom adalah puak yang bertahan beberapa generasi, pemilik sihir dan padang pasir. Setiap kali hilangnya satu generasi, diganti generasi lain pada tempatnya. Berpanjangan hingga akhir masa. Mereka adalah sahabat kamu selagi mana kehidupan itu ada kebaikan.
[Riwayat Ibn Abī Shaybah dalam al-Muṣannaf, al-Harith, Ibn Qutaibah dalam Gharib al-Hadith, al-Wahidi dalam al-Wasit, al-Tha’labi dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3999]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs