TEKS BAHASA ARAB
أترعوا الطسوس، وخالفوا المجوس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Penuhilah bekas dan selisihilah golongan Majusi.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1195, hadis nombor 6066. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: أترعوا الطسوس، وخالفوا المجوس.
[خط، ابن عساكر، فر، هب، ((الضعيفة)) (1552)]
(Sangat lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’: Penuhilah bekas dan selisihilah golongan Majusi.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi, Ibn ‘Asakir, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1552]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.