Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قيم الدين الصلاة وسنام العمل الجهاد وأفضل أخلاق الإسلام الصمت حتى يسلم الناس منك.
Teks Bahasa Melayu
Penjaga agama adalah solat, puncak amalan adalah jihad dan akhlak Islam yang paling baik adalah diam sehingga orang lain berasa selamat dari (keburukan) kamu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 999, hadis no. 5149. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن وهب بن منبه قال: إن رجلاً سأل النبي ﷺ فقال: يا رسول الله ما أفضل الأعمال؟ قال: قيم الدين الصلاة وسنام العمل الجهاد وأفضل أخلاق الإسلام الصمت حتى يسلم الناس منك. [ابن المبارك، الضعيفة (4069)].
(Lemah) Daripada Wahb bin Munabbih, beliau berkata: Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW dengan berkata: Wahai Rasulullah! Apakah amalan terbaik? Rasulullah SAW bersabda: Penjaga agama adalah solat, puncak amalan adalah jihad dan akhlak Islam yang paling baik adalah diam sehingga orang lain berasa selamat dari (keburukan) kamu. [Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 4069].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman