TEKS BAHASA ARAB
التاجر الصدوق تحت ظل العرش يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Peniaga yang jujur akan berada dibawah naungan arasy
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 603, hadis nombor 3120. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا : ((التاجر الصدوق تحت ظل العرش يوم القيامة)). [الأصبهاني في ((الترغيب والترهيب))، فر، ((الضعيفة)) (2405)].
(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Peniaga yang jujur akan berada dibawah naungan arasy pada hari Kiamat.))
[Riwayat al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.2405].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.