Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Peniaga yang jujur akan mendapat naungan arasy pada hari Kiamat

Teks Bahasa Arab

التاجِرُ الصَّدوقُ تحت ظِلِّ العرشِ يومَ القيامةِ.

Teks Bahasa Melayu

Peniaga yang jujur akan berada dibawah naungan arasy

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 603, hadis no. 3120. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا : ((التاجر ‌الصدوق تحت ظل العرش يوم القيامة)). [الأصبهاني في ((الترغيب والترهيب))، فر، ((الضعيفة)) (2405)].

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Peniaga yang jujur akan berada dibawah naungan arasy pada hari Kiamat.)) [Riwayat al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.2405].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.