Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الإِعَادَةُ سَعَادَةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Pengulangan adalah kebahagiaan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 16, hadis no. 32. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السخاوي: ما علمته في المرفوع، وصح أنه -صلى الله عليه وسلم- كان إذا تكلم بكلمة أعادها ثلاثا لتفهم عنه. قال الجد: والذي سمعناه دائرا على الألسنة في الإعادة/إفادة. وهو أقرب لمعنى الحديث المذكور.
Al-Sakhawi berkata: "Aku tidak ketahuinya dalam hadith yang marfu', namun sahih bahawa Nabi -صلى الله عليه وسلم- apabila berbicara dengan sesuatu ucapan, Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali agar difahami daripada Baginda". Al-Jadd berkata: "Ungkapan yang kami dengar berlegar-legar pada lidah orang ramai adalah: "Pengulangan memberikan faedah" dan ia lebih hampir kepada maksud hadith tersebut.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman