Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
السلطانُ العادلُ المتواضعُ ظِلُّ اللهِ ورُمحُه في الأرضِ، ويُرفَعُ للوالي العادِلِ المتواضعِ في كلِّ يومٍ وليلةِ عَمَلُ سِتِّينَ صِدِّيقًا، كلُّهم عابدٌ مجتهِدٌ.
Teks Bahasa Melayu
Penguasa yang adil lagi tawaduk ialah naungan Allah dan panahannya di bumi, pemerintah yang adil lagi tawaduk diangkat amalannya seperti 60 orang yang al-Siddiq (yang benar) setiap hari. Mereka ialah orang tekun beribadah.
Sahabat Perawi
- Abu Bakr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 838, hadis no. 4294. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي بكر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((السلطان العادل المتواضع ظل الله ورمحه في الأرض، ويرفع للوالي العادل المتواضع في كل يوم وليلة عمل ستين صديقا، كلهم عابد مجتهد)). [فر، ((الضعيفة)) (3735)]
(Palsu) Daripada Abū Bakr RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Penguasa yang adil lagi tawaduk ialah naungan Allah dan panahannya di bumi, pemerintah yang adil lagi tawaduk diangkat amalannya seperti 60 orang yang al-Siddiq (yang benar) setiap hari. Mereka ialah orang tekun beribadah. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3735]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman