TEKS BAHASA ARAB
القاص ينتظر المقت، والمستمع ينتظر الرحمة، والتاجر ينتظر الرزق، والمكاثر ينتظر اللعنة، والنائحة ومن حولها من امرأة مستحقة عليهم لعنة الله والملائكة والناس أجمعين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Penglipur lara menunggu kemurkaan, manakala orang yang mendengar pula menunggu rahmat; peniaga pula menunggu rezeki; orang yang memperbanyakkan harta menunggu laknat; wanita yang meratap dan wanita-wanita di sekelilingnya berhak mendapat laknat daripada Allah SWT, para malaikat dan manusia seluruhnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 792, hadis nombor 4079. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن عبد الله بن عباس وعبد الله بن عمر وعبد الله بن الزبير رضي الله عنهم مرفوعاً: القاص ينتظر المقت، والمستمع ينتظر الرحمة، والتاجر ينتظر الرزق، والمكاثر ينتظر اللعنة، والنائحة ومن حولها من امرأة مستحقة عليهم لعنة الله والملائكة والناس أجمعين.
[عد، الباطرقاني في (حديثه)، (الضعيفة) (4070)]
(Palsu)
Daripada Abdullah bin Abbas RA, Abdullah bin Umar RA dan Abdullah bin al-Zubayr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Penglipur lara menunggu kemurkaan, manakala orang yang mendengar pula menunggu rahmat; peniaga pula menunggu rezeki; orang yang memperbanyakkan harta menunggu laknat; wanita yang meratap dan wanita-wanita di sekelilingnya berhak mendapat laknat daripada Allah SWT, para malaikat dan manusia seluruhnya.
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’, al-Baturqoni dalam Hadith beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4070]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.