Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Penglipur lara menunggu kemurkaan, manakala pendengar pula menunggu rahmat

Teks Bahasa Arab

القاصُّ ينتظر الْمَقْتَ، والمستمعُ ينتظرُ الرحمةَ، والتاجرُ ينتظرُ الرزقَ، والمكاثرُ ينتظرُ اللعنةَ، والنائحةُ ومن حولها مِنِ امرأةٍ مستحقةٍ عليهم لعنةُ اللهِ والملائكةِ والناسِ أجمعِينَ.

Teks Bahasa Melayu

Penglipur lara menunggu kemurkaan, manakala orang yang mendengar pula menunggu rahmat; peniaga pula menunggu rezeki; orang yang memperbanyakkan harta menunggu laknat; wanita yang meratap dan wanita-wanita di sekelilingnya berhak mendapat laknat daripada Allah SWT, para malaikat dan manusia seluruhnya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 792, hadis no. 4079. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عباس وعبد الله بن عمر وعبد الله بن الزبير رضي الله عنهم مرفوعاً: القاص ينتظر المقت، والمستمع ينتظر الرحمة، والتاجر ينتظر الرزق، والمكاثر ينتظر اللعنة، والنائحة ومن حولها من امرأة مستحقة عليهم لعنة الله والملائكة والناس أجمعين.
[عد، الباطرقاني في (حديثه)، (الضعيفة) (4070)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Abbas RA, Abdullah bin Umar RA dan Abdullah bin al-Zubayr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Penglipur lara menunggu kemurkaan, manakala orang yang mendengar pula menunggu rahmat; peniaga pula menunggu rezeki; orang yang memperbanyakkan harta menunggu laknat; wanita yang meratap dan wanita-wanita di sekelilingnya berhak mendapat laknat daripada Allah SWT, para malaikat dan manusia seluruhnya. [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’, al-Baturqoni dalam Hadith beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4070]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.