Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
القاصُّ يَنْتَظِرُ المَقْتَ، والمُسْتَمِعُ يَنْتَظِرُ الرَحْمَةَ، والتَاجِرُ يَنْتَظِرُ الرِزقَ، والمُكَاثِرُ يَنْتَظِرُ اللَعْنَةَ، والنَائِحَةُ ومَنْ حَوْلَهَا مِن امرَأَةٍ مُستَحِقَّةٌ عليهم لعنةُ الله والملائكةِ والناسِ أَجْمَعِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Penglipur lara menunggu kemurkaan, manakala orang yang mendengar pula menunggu rahmat; peniaga pula menunggu rezeki; orang yang memperbanyakkan harta menunggu laknat; wanita yang meratap dan wanita-wanita di sekelilingnya berhak mendapat laknat daripada Allah SWT, para malaikat dan manusia seluruhnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- Abdullah bin Umar RA
- Abdullah bin Zubair RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 615, hadis no. 3205. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالله بن عباس، وعبدالله بن عمر، وعبدالله بن الزبير - رضي الله عنهم - مرفوعا: ((القاص ينتظر المقت، والمستمع ينتظر الرحمة، والتاجر ينتظر الرزق، والمكاثر ينتظر اللعنة، والنائحة ومن حولها من امرأة مستحقة عليهم لعنة الله والملائكة والناس أجمعين)). [عد، الباطرقاني في ((حديثه))، القضاعي، نصر المقدسي في ((الأربعين))، ((الضعيفة)) (4070)].
(Palsu) Daripada Abdullah bin Abbas RA, Abdullah bin Umar RA, dan Abdullah bin Zubair RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Penglipur lara menunggu kemurkaan, manakala orang yang mendengar pula menunggu rahmat; peniaga pula menunggu rezeki; orang yang memperbanyakkan harta menunggu laknat; wanita yang meratap dan wanita-wanita di sekelilingnya berhak mendapat laknat daripada Allah SWT, para malaikat dan manusia seluruhnya.)) [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Batirqani dalam Hadisnya, al-Qudhaie, dan Nasr al-Maqdisi dalam al-Arbain. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4070].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman